Saturday, February 20, 2016

Haq demam nak dapat adik ke?

Assalammualaikum..
lama btol kan xupdate pe2.. skrg ni ak dah kat kpg tgh menunggu saat2 nak bersalin heheh.. bila ntah agaknya tu.. harap sangat bersalin sebelum 11 hb march 2016.. Kalau tak memang kena serah diri la kat hospital.. ni semua kes bleeding aritu la.. next entry ak cerita pasal tu ye..

Kali ni nak cerita pasal anak soleh ni yang demam.. kalau tak silap dah setahun dia tak demam teruk macam ni.. kali ni maybe berjangkit dengan atok dia.. sebab atok yang demam dulu, pastu haq then tokma.. ak punyala berdoa mintak dijauhkan dari berjangkit gak heheh.. 

Kali ni demam haq agak lama.. 6 malam gak la ibu jadi zombi.. risaukan dia.. keje jelun (basahkan dengan air) badan & kepala dia.. risau sangat2 suhu badan dia naik mendadak.. sebab bila malam je suhu dia mesti tinggi.. 


hari first demam ak bawak dia pegi klinik biasa je.. doc masukkan ubat bontot pastu bagi ubat.. tapi macam tak jalan je ubat bontot tu.. sebab suhu tak turun2.. ak continue dengan ubat demam.. tapi biasala haq, makan ubat terus muntah.. habis keluar semua ubat & makanan yg dia makan.. 2 ari gak la dia minum susu je tak nak makan.. sampai kurus jadinya


hari ke3 ak dah susah hati dah.. sebab dia tak nak makan ubat langsung.. makan pun tak nak.. ayah dia mmg suruh masuk wad je.. guna medical card dia.. so ak pun packing barang.. konon2 nak masuk wad la.. pegi kuantan medical centre.. otw nak pegi tu haq automatik jadi hyper aktif.. ak, atok & tokma dia pun pelik.. tak macam budak demam hahahaha.. sah!!! memang dia ingat ktorg nak berjalan la ni..

sampai kmc, nurse cakap wad penuh, so dia suh jumpa doc dulu, kalau keadaan haq teruk baru dorg refer hospital lain.. masuk je jumpa doc cek apa semua, korang tau, suhu haq btol2 rendah.. adehh.. doc pun cakap dia kena angin luar terus sejuk badan.. paru2 semua ok.. jadi xpayah la admit.. masukkan ubat bontot lg skali, doc bekalkan ubat bontot je kali ni dengan antibiotik.. dah xbg dah ubat demam yg syrup tu sebab haq memang tak boleh telan.. 

balik rumah, tgh malam tu suhu dah turun.. ak ingat dah baik la.. esok tu kul 8 malam je suhu dia naik balik.. 

last2.. kena fikir cara selain bagi makan ubat...

1) ak buatkan minyak bawang putih + habatussauda + vco.. sapu dekat dada & belakang dia.. urut kat tapak kaki dia.. sebab haq demam campur batuk dgn selsema.. 


memang lepas sapu tu je malam tu dia batuk sampai muntah kahak.. lepas 2/3 hari batuk & selsema dia hilang..

2) mandikan dia dengan air lemon ( skali je buat) sbb haq tak suka.. dia buang air tu..

3) mandikan dia dengan air rebusan kucai.. org tua2 kata budak besar haq ni kalau demam selalu demam cacing.. hahaha ak pun xtau la betul ke tak.. kita ikut je.. tapi alhamdulillah.. sebab haq memang dari baby kalau dia demam or tak lalu nak makan mesti bagi mandi air rebusan kucai ni.. or satu lagi daun pucuk beka (daun ni ak xkenal, slalu mama or tok yang carikan)

cara dia, amik seikat kucai tu rebus sampai layu.. dah layu mandikan anak dengan air tu.. tambah la air sejuk bg suam2 ek..suruh anak berendam dalam besen air tu,  pastu kucai tu jangan buang plak.. gosok2 kan dekat perut & seluruh badan anak.. ak letak sabun skit, taktik nak tipu haq, konon2 sapu daun tu kuar sabun hehehe.. klau tak dia geli..jangan lupa selawat & niat dalam hati nak sembuhkan anak..

4) ak buat air yasin dekat haq.. sebab ak percaya doa ibu ni mustajab.. lepas baca yasin doa la moga Allah sembuhkan penyakit anak kita.. beri kesihatan tubuh badan yang baik.. 

Alhamdulillah berkat kesabaran ibu jadi zombi haq dah sihat.. lega tengok dia dah aktif balik, dah selera nak makan.. mulut dah bising heheh.. 




2 comments:

  1. alahh siannya haq..nasib la demam sebelum ibu bersalin.. kalau tak..xde sapa nak handle haq...

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan. Sy jumpa blog ni sbb mencari info ttg pindah ke kk.

    Bakal berpindah ke kk tak lama lagi.

    Awak nak due dah ye.. mudah2an Allah permudahkan awak bersalin ye.

    Moga anak awak Haq juga cpt sembuh

    ReplyDelete